Perbandingan di antara Syria dan Gaza





Dr Ahmad Ayash an Najjar (SU Kementerian Pelajaran Palestin yang mewakili Kerajaan Hamas Gaza) menceritakan kisah seorang anak kecil di Gaza yang baru berumur lebih kurang 3 tahun.

Anak kecil kecil ini berkali-kali mengejutkan ibunya (yang telah terkorban dibom Israel) di Unit Kecemasan Hospital. Tanpa dia mengetahui bahawa ibunya telah terkorban syahid, dia terus mengejutkan ibunya dan mengajak arwah ibunya balik ke rumah.

Ini adalah di antara contoh peristiwa di Gaza yang membuatkan beliau sebak dan terus menangis.

Namun begitu, beliau berkata bahawa kekejaman rejim Bashar al Assad yang berlaku di Syria adalah lebih teruk daripada kekejaman rejim Israel di Palestin. Puluhan ribu rakyat Syria disiksa, dibunuh, disembelih oleh rejim diktator yang tidak berhati peurt ini.

Dr Ahmad an Najjar berpesan supaya rakyat Malaysia tidak melupakan tragedi kejam dan ngeri di Syria. Beliau berkata, "Anda mungkin terlalu sibuk untuk mendoakan Palestin tetapi anda tidak boleh lupa untuk berdoa untuk Syria. Anda mungkin tidak sempat untuk membantu Palestin tetapi anda mesti berbuat sesuatu untuk membantu Syria."

Lihatlah ukhuwah dan sifat mengutamakan saudara seaqidah yang lain yang ditunjukkan oleh saudara kita yang dizalimi di Palestin. Mereka terus berpesan supaya kita tidak melupakan saudara kita yang tertindas dan dizalimi di Syria....


BeritaIslamGlobal: Ya Allah!! Kami pohonkan perlindungan untuk saudara kami di Iran dari segala malapetaka dan bahaya dan jadikanlah mereka golongan yang berpegang teguh kepada Islam yang sebenar. Ya Allah !! Kami pohon supaya Engkau menerima mereka yang gugur sebagai syahid dan menjadikan yang masih hidup supaya lebih bersabar, dan kami pohon kepada Mu Ya Allah supaya membebaskan mereka dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan, Amin.